Sunday, November 13, 2016

KITAR SEMULA


Merupakan suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai.

  • BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA
KERTAS
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tersebut dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. 

PLASTIK
Terlalu banyak plastik yang boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan bermacam lagi.

KERTAS KADBOD KERAS 
Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Anda boleh mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja. 

KACA
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dijual di dalam botol. Anda
boleh mengitar semula botol-botol tersebut ataupun menggunakannya semula untuk menyimpan makanan lain. 

PAKAIAN
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya. 

TAYAR
Tayar terpakai boleh dijadikan bahan kitar semula dengan menjadikannya sebagai hiasan serta boleh digunakan sebagai pasu bunga untuk mencantikkan taman dan halaman rumah.


  • AKTIVITI KITAR SEMULA
Aktiviti : Membina tempat letak pokok bunga di halaman rumah
Peralatan : Tayar kereta terpakai


Aktiviti : Membina sampan daripada botol-botol plastik terpakai
Peralatan : Botol-botol plastik terpakai


Aktiviti : Mengasingkan bahan kertas, kaca, serta aluminium dan plastik mengikut tong yang disediakan.
Peralatan : Bahan plastik dan aluminium, kaca, kertas



  • BERITA

Artikel Kosmo

Akhbar diatas menunjukkan bahawa kadar kitar semula di Malaysia adalah rendah iaitu 5%. Maka, kesedaran mengenai kepentingan kitar semula harus lebih diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab. 


  • LAPORAN PERTANDINGAN
Pengenalan Pertandingan
 
Pertandingan ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan kepada semua golongan masyarakat mengenai pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan 
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran semua golongan untuk terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan perumahan mahupun mana-mana kawasan. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah : 


  • Pertandingan membuat menara menggunakan botol di sekolah 
  • Pertandingan membina sampan menggunakan botol terpakai
  • Pertandingan mengitar semula barangan paling banyak
  • Pertandingan mencipta barangan paling menarik
  • Pertandingan membuat pasu bunga menggunakan tayar ter

Matlamat Pertandingan
 

Mendidik masyarakat untuk tidak membazir dan memelihara alam sekitar agar kehidupan lebih harmoni. 

Objektif Pertandingan
 

I. Mendedahkan kepada golongan masyarakat terutamanya pelajar mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.


II. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dan masyarakat dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran.


III. Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah dan masyarakat yang mempraktikkan amalan kitar semula dan mengelak pembaziran.


IV. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada semua golongan untuk menjalankan aktiviti kitar semula


PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN :

Membuat menara menggunakan botol di sekolah

Membina sampan menggunakan botol terpakai

Mengitar semula barangan paling banyak

Mencipta barangan paling menarik

Membuat pasu bunga menggunakan tayar terpakai


  • VIDEO